Login

Diploma Pengajian Islam

Diploma Pengajian Islam merupakan program yang diwujudkan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk meneroka cabang pengajian Islam yang sangat luas. Ianya sesuai dijadikan wadah oleh pelajar dari lepasan SPM/SPMV mahu pun mereka yang mempunyai pengalaman atau kelayakan setaraf sebelum meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah. Program yang ditawarkan secara separuh masa ini bakal mewujudkan lebih ramai graduan; individu berkarier dan pada waktu yang sama celik pengetahuan Islam.

Muat turun risalah program ini.

Program ini mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia. Muat turun Perakuan Akreditasi.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Untuk melahirkan graduan berinovasi yang mampu untuk:

  • Menterjemahkan ilmu Islam kepada prinsip urus tadbir diri, keluarga dan organisasi.
  • Responsif terhadap situasi dan fenomena semasa di dalam masyarakat dan mampu memberi maklum balas yang kritis dalam isu-isu melibatkan Islam.

HASIL PEMBELAJARAN 

  • Di akhir program ini, pelajar harus:
  • Berkebolehan untuk mengajar dan menerangkan pendidikan agama Islam kepada pelajar sekolah rendah dengan cara yang berhemah dan logik
  • Menunjukkan keupayaan untuk merancang, menyediakan, menilai dan mengkaji pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah
  • Menunjukkan keupayaan untuk menggunakan pemikiran kritikal dan kemahiran belajar yang aktif dalam bilik darjah
  • Menunjukkan keupayaan untuk menggunakan strategi pembelajaran tertentu untuk meningkatkan kemahiran belajar dan mengajar di sekolah rendah
  • Keupayaan untuk memupuk pembangunan moral dan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
  • Keupayaan untuk mempromosikan penglibatan bersama masyarakat dengan cara yang positif dan bertanggungjawab

SYARAT KEMASUKAN

Syarat-syarat kemasukan umum:

  • Tahap SPM / 'O' Level / SPMV dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kredit DAN lulus dalam satu (1) mata pelajaran Bahasa Arab ATAU satu (1) mata pelajaran Pengajian Islam; ATAU
  • Sijil Pengajian Islam atau bidang berkaitan (MQF Level 3) dengan minimum PNGK 2.00; ATAU
  • Tahap STPM / 'A" Level ATAU kelayakan yang setaraf dengan sekurang-kurangnya Gred C (PNGK 2.00) dalam satu mata pelajaran; dan
    • Lulus satu (1) mata pelajaran Bahasa Arab atau satu (1) mata pelajaran Pengajian Islam di peringkat SPM / 'O' Level ATAU STPM / 'A' Level; ATAU
  • STAM (Gred Jayyid); ATAU
  • Kelayakan setaraf lain yang diiktiraf

Syarat Kemasukan Alternatif Melalui APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning atau Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu): 

  • Minimum berumur 20 tahun pada 1 Januari tahun permohonan
  • Mempunyai pengalaman bekerja yang berkaitan
  • Lulus penilaian APEL

FAKTA PROGRAM

Mode Pembelajaran 

Pembelajaran separuh masa
Pembelajaran dalam talian
Pembelajaran teradun (pembelajaran dalam talian dan tutorial)

Tempoh 3 Tahun
Jumlah Semester 10 Semester ( 1 semester bersamaan 4 bulan)
Kekerapan Tutorial Sekali dalam sebulan (pada hujung minggu)
Penilaian Tugasan 60%
Peperiksaan Akhir 40%
Kod MQA PA3104
Kod Pengiklanan (N/221/4/0115)07/19

MATAPELAJARAN

Kursus Wajib

  • Pengantar Syariah
  • Pengantar Pemikiran Islam
  • Sejarah Khalifah
  • Perbandingan Agama
  • Institusi Islam di Asia
  • Pengantar Ekonomi Islam
  • Pengajian Da’wah
  • Tasawur Islam
  • Ulum Al-Quran
  • Tafsir
  • Al-Quran
  • Aplikasi Fiqh
  • Asas Pembelajaran Bahasa Arab
  • Bahasa Arab Komunikasi
  • Jawi
  • Tasauf
  • Fiqh Muamalat

Kursus Teras

  • Asas fiqh
  • Akhlak
  • Usul Fiqh
  • Akidah
  • Ulum Al-Hadith
  • Hadith
  • Sirah

Kursus Universiti

  • Penulisan Akademik
  • Etika di Asia

Kursus Mata Pelajaran Umum

Untuk Pelajar Malaysia

  • Pengajian Malaysia II
  • Kemahiran Literasi Maklumat dan Penyelidikan I
  • Keusahawanan dan Etika di Malaysia I
  • Projek Khidmat Masyarakat

Untuk Pelajar Antarabangsa

  • Bahasa Melayu Komunikasi I
  • Kemahiran Literasi Maklumat dan Penyelidikan I
  • Keusahawanan dan Etika di Malaysia I
  • Projek Khidmat Masyarakat

BANTUAN DAN INSENTIF KEWANGAN

Untuk pelajar-pelajar Malaysia dan Antarabangsa:

  • Merit Biasiswa untuk pelajar cemerlang
  • 10% diskaun untuk yuran pengajian melalui Skim Kesetiaan Pelajar

Untuk pelajar-pelajar Malaysia sahaja:

  • 10% diskaun ke atas yuran pengajian bagi pelajar yang membuat pembayaran penuh yuran pengajian tahunan dalam satu pembayaran
  • 50% diskaun untuk warga emas yang berumur 55 tahun dan ke atas
  • 75% diskaun untuk individu kurang upaya (OKU)
  • Pengeluaran KWSP
  • Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • Pelepasan cukai pendapatan peribadi sehingga RM6,000 

*Tertakluk kepada terma dan syarat bagi bantuan dan insentif

 

Last updated: 24/06/2018