Login

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah)

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Bahasa Melayu Sekolah Rendah) dengan Kepujian yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Pendidikan dan Sains Kognitif, Asia e University (AeU) bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan teknologi kandungan pedagogi di kalangan guru-guru sekolah rendah untuk menjadi guru siswazah. Program ini juga menawarkan peluang untuk merangsang intelek guru-guru sekolah rendah yang sedang berkhidmat untuk mencerminkan amalan profesional mereka. Mereka juga boleh mendapatkan perspektif teori dan kritikal pengajaran abad ke-21 dan belajar bagaimana  pelajar disokong dalam pembelajaran mereka. 

Accredited programme by Malaysian Qualifications Agency (MQA), Ministry of Higher Education.

HASIL PEMBELAJARAN

  • Menunjukkan pengetahuan dan kefahaman dalam mengajar mata pelajaran bahasa Melayu.
  • Menunjukkan pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam pengajaran mata pelajaran bahasa Melayu dengan memberi tumpuan kepada kurikulum dan perancangan pengajaran, penilaian dan menggunakan teknologi dan media untuk pengajaran dan pembelajaran.
  • Mempamerkan kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik termasuk kedua-dua kebolehan bertulis dan lisan yang berkaitan dengan pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas.
  • Menggunakan kaedah saintifik, pemikiran kritis peringkat lebih tinggi dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam pengajaran mata pelajaran bahasa Melayu.
  • Mengamalkan etika kerja dan nilai-nilai moral dalam profesion perguruan, dengan mengambil kira kaum pelajar, budaya, sosio-ekonomi dalam penguasaan bahasa Melayu.
  • Berusaha ke arah meningkatkan pengetahuan, pengajaran dan penyelidikan kemahiran sebagai amalan pembelajaran sepanjang hayat.

SYARAT KEMASUKAN

Syarat kemasukan umum:

  • Diploma yang diiktiraf oleh MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh AeU Senat; ATAU
  • Program Matrikulasi setaraf dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00 ATAU
  • SPM atau setaraf dengan 3 tahun pengalaman kerja yang berkaitan ATAU
  • International Baccalaureate (IB) dengan 24 mata ATAU
  • A Level dengan sekurang-kurangnya gred C dalam 3 mata pelajaran ATAU
  • Sekurang-kurangnya DUA (2) lulus dalam kelayakan STPM atau setaraf (cth A-Level);
  • Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat AeU

Syarat Kemasukan Terbuka:

  • Calon hendaklah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memiliki PMR / SPM / MCE / UEC atau kelayakan setaraf tertakluk kepada penilaian pengalaman kerja dan pengalaman pembelajaran terdahulu; DAN 
  • Tahun pengalaman pengajaran atau pengalaman yang berkaitan dalam / institusi latihan pendidikan
  • Untuk maklumat lanjut, layari laman web http://apel.aeu.edu.my

FAKTA PROGRAM

Mod Pembelajaran
 

Pembelajaran atas talian 

Pembelajaran teradun 

Tempoh
 

4 Tahun 4 Bulan (13 Semester) 

Penilaian 

Tugasan 60%

Peperiksaan Akhir 40% 

MQA Akreditasi

MQA/FA1635 

Pemindahan Kredit

Pemindahan kredit sehingga 36 jam kredit bagi guru yang memiliki Diploma Perguruan 

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

  • Meningkatkan tahap pengetahuan dalam pengajaran mata pelajaran bahasa serta membangunkan kebolehan pemikiran kritikal & penyelesaian masalah secara kreatif pelajar.
  • Mengukuhkan kemahiran pengajaran utama guru-guru Bahasa Melayu di sekolah dengan menggunakan kaedah inovatif, strategi dan teknik mengikut keperluan semasa.
  • Menggalakkan penyelidikan tindakan dan mengaplikasikan kemahiran menyelesaikan masalah di dalam kelas.
  • Melahirkan guru yang mempunyai perspektif global dan sensitif kepada perkembangan pendidikan di rantau Asia, Eropah dan Amerika Utara dan membuat perbandingan dengan keadaan pembelajaran di Malaysia.
  • Melahirkan guru yang dapat memenuhi keperluan pembelajaran abad ke-21, khususnya penggunaan kaedah pengajaran yang inovatif, teknologi dan media baru.

SUBJEK

Mata Pelajaran Umum (18 Jam Kredit)

  • Tamadun Islam  dan Asia Hubungan Etnik
  • Kemahiran Literasi Maklumat & Penyelidikan
  • Keusahawanan dan Etika di Asia
  • Penulisan Akademik
  • Pengajian Asia

Mata Pelajaran Teras (36 Jam Kredit)

  • Falsafah Pendidikan
  • Pembangunan Kurikulum
  • Peningkatan Profesionalisme Guru
  • Kanak-kanak Berkeperluan Khas
  • Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-kanak
  • Teknologi Instruksional dan Bahan Pembelajaran
  • Psikologi Pendidikan
  • Aktiviti Kokurikulum
  • Kaunseling di Sekolah
  • Model dan Strategi Pedagogi
  • Sekolah dan Masyarakat

Mata Pelajaran Wajib (48 Jam Kredit)

  • Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu
  • Pengantar Linguistik
  • Psikolinguistik
  • Sosialinguistik
  • Fonetik dan Fonologi
  • Semantik dan Peristilahan dalam Bahasa Melayu
  • Metodologi Bahasa Melayu Sekolah Rendah
  • Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah
  • Pengajaran Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu
  • Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu
  • Pengajaran Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu
  • Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
  • Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah
  • Kesusasteraan Melayu
  • Penyelidikan Dalam Bilik Darjah 1
  • Penyelidikan Dalam Bilik Darjah 2

Elektif (12 Jam Kredit)

  • Pengenalan kepada Pendidikan Moral
  • Metodologi & Strategi Mengajar Pendidikan Moral
  • Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
  • Isu dan trend dalam Pendidikan Moral

Praktikum (6 Jam Kredit)

BANTUAN DAN INSENTIF KEWANGAN

  • Merit Biasiswa untuk pelajar cemerlang
  • 10% diskaun untuk yuran pengajian melalui skim Kesetiaan Pelajar
  • 10% diskaun ke atas yuran pengajian untuk bayaran penuh yuran semester
  • 50% diskaun untuk warga emas yang berumur 55 tahun dan ke atas
  • 75% diskaun untuk individu kurang upaya (OKU)
  • Pengeluaran KWSP
  • Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • Pelepasan cukai pendapatan peribadi sehingga RM5,000

*Tertakluk kepada terma dan syarat bagi bantuan dan insentif

 

 


Last updated: 26/10/2016